Sabtu, 14 Februari. Setelah kejadian semalam, setengah daripada rakan sekelas aku mula sedar dan mengambil berat tentang masa depan mereka. Aku juga tidak terkecuali, meskipun fikiran tentang apa yang berlaku masih berlegar-legar di kepala.
Hari ini hari cuti, dan aku ada rancangan untuk berjumpa dengan Siti di taman.
Aku tersedar dari tidur apabila cahaya matahari mula menyusup masuk melalui celah langsir bilikku. Mataku tertancap pada jam loceng yang terletak di sebelah katil. Jam menunjukkan pukul lapan enam belas pagi. Panik menyelubungi diriku kerana aku telah terlambat untuk bertemu Siti.
Tanpa berlengah, aku terus bangun, menyiapkan sarapan ringkas—sekadar roti bakar dan teh panas—dan menukar pakaian dengan pantas. Selepas memastikan aku membawa dompet dan telefon, aku keluar dari rumah dan mula berlari menuju ke taman.
Setibanya di taman, aku melihat Siti berdiri di tepi sebatang pokok besar. Dia kelihatan tenang, memerhatikan beberapa kanak-kanak yang sedang riang bermain di sekitar taman itu. Aku menarik nafas lega kerana dia masih menungguku. Dengan langkah pantas, aku berjalan mendekatinya dan menyapa dari belakang.
“Dah lama ke kau tunggu?” tanyaku semasa berjalan menuju ke arahnya.
Siti menoleh, matanya yang sedikit merenungku bertukar ceria sebaik melihatku.
“Akhirnya sampai pun kau,” jawabnya, ringkas melihat diriku.
Hari ini, aku telah berjanji untuk menemani Siti ke pasar raya. Semalam, salah seorang kawannya memberitahunya bahawa hari ini ada promosi besar-besaran di pasar raya yang terletak tidak jauh dari kawasan taman ini.
“Semalam kawan aku kata barang-barang dapur banyak yang turun harga. Aku rasa aku kena beli stok makanan untuk seminggu,” kata Siti sambil membetulkan rambutnya yang ditiup angin.
“Jadi sebab tu kau ajak aku temankan? Kenapa tak cari orang lain?” tanyaku berseloroh.
“Teman-teman aku semua sibuk dengan hal masing-masing. Ada yang dengan kerja sampingan, ada yang kena tolong keluarga, jadi aku tak ada pilihan lain selain kau. Lagipun, kau kan tak ada buat apa-apa hari ni?” balas Siti setelah selesai membetulkan rambutnya.
Aku hanya mengangguk, menerima alasan itu tanpa membantah. “Baiklah, mari kita pergi sebelum pasar raya tu penuh sesak.”
Kami mula berjalan bersama menuju ke perhentian bas terdekat. Dalam perjalanan, Siti menceritakan pelbagai perkara—tentang kejadian di sekolah semalam, tentang rancangan masa depannya, dan juga sedikit tentang keluarganya.
“Adam, kau pernah terfikir tak apa yang kau nak jadi masa depan nanti?” tanyanya tiba-tiba.
Aku terdiam sejenak, memikirkan soalan itu. “Aku tak pasti lagi, mungkin aku nak buat sesuatu yang boleh membantu orang lain. Kau pula?”
Siti tersenyum kecil. “Aku pun tak pasti, tapi aku rasa aku nak buat sesuatu yang boleh bagi mak ayah aku bangga. Mungkin buka perniagaan kecil-kecilan satu hari nanti.”
Kami terus berbual mesra sepanjang perjalanan, menanti bas yang akhirnya tiba untuk membawa kami ke destinasi.
Kami mula berjalan ke pasar raya bersama. Semasa berjalan, aku bertanya kepada Siti tentang beberapa perkara, seperti cuaca yang semakin panas akhir-akhir ini dan rancangan untuk hujung minggu. Siti kelihatan gembira, menjawab setiap soalan dengan penuh semangat sambil kadang-kadang menunjuk ke arah bunga di tepi jalan. Perjalanan ke pasar raya itu memakan masa sekitar sepuluh minit, tetapi perbualan kami membuat masa berlalu dengan pantas.
Setelah sampai ke tempat yang kami tuju, kami terkejut melihat lautan manusia di pintu masuk pasar raya.
“Nampaknya orang semakin ramai,” kata Siti sambil memegang lenganku agar kami tidak terpisah.
Aku mengangguk sambil memandang ke arah pintu yang sesak. “Jadi, macam mana sekarang?” tanyaku sambil menanti cadangannya.
“Jom masuk,” balas Siti tanpa ragu. Dengan semangat yang membara, dia mula melangkah masuk ke dalam pasar raya tersebut, dan aku mengekorinya dengan langkah yang sedikit lambat.
“Siti, tunggu!” panggilku, tetapi dia sudah hilang dalam kelompok orang ramai. Aku terpaksa mempercepatkan langkahku untuk mengejarnya.
Setelah berjaya menemukannya, kami mula memilih barang-barang untuk dibeli. Siti kelihatan begitu teruja, tetapi dalam masa yang sama, dia nampak bingung dengan pilihan yang ada. Dia sering bertanya pendapatku tentang barang-barang yang dipilihnya.
“Adam, kau rasa yang mana satu comel? Yang ini atau ini?” tanyanya sambil memegang dua rantai kunci, satu di tangan kiri dan satu di tangan kanannya. Rantai kunci di tangan kiri berwarna merah jambu dengan hiasan berbentuk hati, manakala yang di tangan kanan berwarna perak dengan reka bentuk minimalis.
Aku memerhatikan kedua-duanya sejenak sebelum menunjuk ke arah yang di tangan kanannya. “Yang mana... Entah la, rasanya yang ini,” kataku sambil menunjuk rantai kunci perak itu.
Namun, Siti menggeleng sambil mencebik sedikit. “Rasanya yang satu lagi lebih comel,” katanya dengan yakin. Dia akhirnya mengambil rantai kunci merah jambu dan menyimpannya ke dalam bakul untuk dibayar nanti. Aku hanya melihat Siti tanpa berkata banyak kemudian memandang papan harga di rak tersebut, yang menyatakan promosi 20% bagi satu rantai kunci. Aku sempat terfikir untuk membeli satu juga, tetapi aku memutuskan untuk menyimpan duitku untuk perkara yang lebih berguna.
Siti terus memilih barang dengan penuh semangat, dan tidak lama kemudian bakulnya dipenuhi dengan pelbagai jenis barang. Aku terpaksa membantu memegang sebahagian barang-barang itu kerana bakulnya hampir tidak muat lagi. Dipertengahan proses memilih barang, Siti tiba-tiba berhenti dan berkata, “Adam, kau teruskan jalan dulu. Aku nak pergi tengok bahagian alat solek.”
Aku mengangguk dan terus berjalan ke rak yang berisi lampu suluh sambil membawa barang-barang yang sudah dipilih oleh Siti. Di rak itu, pandanganku tertarik kepada sebuah lampu suluh berwarna hitam yang tampak elegan dan tahan lasak. Aku mengambil lampu suluh tersebut dan memerhatikannya dengan teliti. Saiznya sederhana, cukup mudah untuk disimpan di dalam beg. Aku memikirkan betapa bergunanya lampu suluh itu jika aku membelinya, tetapi aku masih ragu kerana wangku terhad.
Sambil memegang lampu suluh itu, aku melangkah perlahan, memikirkan sama ada aku benar-benar memerlukannya. Dalam fikiran, aku cuba mengingat jika ada barangan lain yang lebih penting untuk dibeli. Suasana pasar raya yang sibuk dengan bunyi kereta sorong, perbualan pelanggan, dan pengumuman promosi membuatkan aku sedikit teralih perhatian.
Tidak lama kemudian, aku terdengar suara Siti memanggilku dari jauh. Aku menoleh dan melihatnya berjalan ke arahku dengan senyuman lebar, membawa beberapa alat solek di tangannya. “Adam! Tengok ni! Barang mekap ni ada diskaun besar,” katanya dengan penuh semangat.
Aku tersenyum melihat gelagatnya dan meletakkan semula lampu suluh itu ke rak. “Baguslah. Jom kita cepat bayar sebelum tempat ini jadi semakin sesak,” kataku. Kami kemudian bergerak ke kaunter pembayaran sambil Siti terus bercerita tentang perancangannya menggunakan alat solek yang baru dibelinya. Aku hanya mengangguk sambil tersenyum, memikirkan betapa cerianya hari ini di pasar raya bersama Siti.
Kami mula berjalan di beberapa lorong barangan, dan dalam masa yang sama aku melihat sebuah beg berwarna hitam. Sebuah beg ringan, boleh dikatakan beg bawaan. Ia mempunyai banyak poket dan sesuai untuk dibawa kemana-mana. Jadi aku membuat keputusan untuk membeli beg ini.
Semasa berada di lobby utama, aku perhatikan Siti dari sampingnya. Dia seperti pergi ke kedai pakaian sebelum keluar dari pasar raya ini. Siti berdiri di tengah kaunter pembayaran, dia cuba mendapatkan tawaran harga rendah walaupun hari ini adalah promosi. Dia cuba membodek akak jurujual dengan suara yang boleh membuatkan orang cair.
“Hari ni promosi dan kamu nak promosi lagi?” Suara akak jurujual seperti tidak percaya dengan kehendak Siti. Mungkin sebab Siti jenis yang tidak kenal erti segan, dia terang-terangan meminta harga rendah di tengah harga promosi dan dia melakukannya secara tenang tanpa rasa malu sedikitpun.
“Promosi dalam promosi. Boleh lah makcik.” Wajah Siti selamba melakukannya seperti sudah lama kenal makcik itu, walaupun hakikatnya mereka berdua baru berjumpa. Dia mengangkat kening sedikit, cuba bersahaja dan aku tergelak kecil dalam hati. Dia mempunyai cara berdetahnya sendiri dan lain dari yang lain.
Jurujual tersebut terdiam seketika sebelum bersuara, “Makcik?? Saya muda lagi lah!!”
Siti pura-pura terkejut sambil tersengih, seolah-olah sedar akan kesilapannya. “Oh, ye ke? Maaf lah, kak. Muda-muda pun ada pengalaman dalam bidang ni ya.”
“Apa maksud kamu?!”
Siti menunduk membuat tanda maaf kepada akak itu. Dari kejauhan aku tahu tektik yang akan digunakan Siti, dia akan memberikan pujian kepada akak itu dalam masa yang sama dia akan selitkan beberapa ayat untuk turunkan harga barang. Namun apa yang aku perhatikan, cara yang Siti lakukan nampaknya tak berkesan. Akak jurujual itu kelihatan masih tegas. Dia mengelengkan kepala sedikit.
“Harganya tetap tak boleh ubah,” jawabnya, masih tak goyah dengan percubaan Siti.
Siti buat muka kecewa sambil mencuit-cuit tag harga yang tergantung di tepi baju tu. “Alaaa…,” keluhnya lembut, cukup untuk buat akak tu perasan reaksi kecewa dia.
Aku tahu Siti tak putus asa semudah tu. Tapi nampaknya, kali ni akak tu lebih kuat bertahan. Siti masih belum mahu menyerah. Dia buat-buat membelek baju lain, sambil sengaja bercakap lebih kuat, seolah-olah tak sengaja. “Ala, kalau dapat kurang sikit kan, boleh beli untuk adik-adik sekali. Tapi, yelah, kalau mahal macam ni, beli satu je cukup kot….”
Akak jurujual itu memandang Siti. “Adik-adik kamu tu ramai ke?”
“Eh, ramai juga,” jawab Siti cepat-cepat, matanya bersinar penuh harapan. “Satu keluarga besar. Semua suka pakaian macam ni, jadi kalau ada diskaun sikit, memang membantu.”
Aku hampir ketawa tengok muka dia yang serius. Jurujual tu nampak seperti sedang mempertimbangkan sesuatu, tapi dia masih berpegang pada prinsip. “Hmm, tapi harga ni dah harga promosi, dik. Kalau tambah diskaun lagi, tak berbaloi pula untuk kami.”
Siti tak mengalah. Dia hela nafas panjang, pura-pura berfikir. “Baiklah, kalau begitu, saya cuba tanya tempat lain. Mana tahu, boleh dapat lebih murah.”
Akak jurujual tu nampak agak teragak-agak, mungkin tak mahu pelanggan hilang begitu saja. “Eh, janganlah macam tu. Tempat lain belum tentu ada promosi macam ni tau. Lagipun, hari ni hari terakhir promosi ni.”
Siti sengaja buat muka berfikir, akhirnya berpaling padaku dengan senyuman yang aku tahu memang dibuat-buat. “Adam, kau rasa macam mana? Patut beli ke cari tempat lain dulu?”
Aku angkat bahu, sengaja tak bagi jawapan yang pasti. Aku nak tengok sejauh mana dia boleh pergi dengan ayat-ayat dia.
Akak jurujual tu akhirnya mengalah sedikit. “Okay, macam ni. Saya boleh bagi kupon diskaun untuk pembelian seterusnya. Tapi untuk kali ni, harga tetap macam ni ya.”
Siti pura-pura serba salah sekejap, sebelum akhirnya mengangguk sambil tersenyum manis. “Terima kasih, kak! Bolehlah tu. Nanti saya pasti datang lagi!”
Aku memang tidak faham dengan kerenah Siti. Kalau bab seperti mendapatkan harga yang lebih murah, dia memang mahir dan akan berdetah untuk dapatkannya. Namun untuk kali ia kelihatan menang-menang dikedua pihak. Taktik dia mungkin ada sedikit celah setidaknya dia mendapatkan kupon yang boleh dipakai untuk pembelian seterusnya. Jadi boleh dikatakan dia menang untuk kali ini.
Siti mula membayar apa yang dia pilih di kedai ini dan setelah itu kami keluar dari pasar raya. Aku memandang ke arah Siti sedikit dan menyedari bahawa dia tersenyum puas sambil memegang kupon yang dia dapat.
“Nah, tengok. Pandai kan aku?” katanya sambil menjeling bangga.
“Ya, ya, kau memang pandai…” usikku.
Dia hanya tersenyum, berlagak tak bersalah. Aku tahu, bagi Siti, yang penting dia dapat apa yang dia nak.
Siti memasukkan kupon tadi ke dalam beg, langkahnya penuh gaya sambil keluar dari kedai. Aku ikut di sebelah, tak henti-henti menggeleng kepala sambil tersenyum sendiri. Dia memang betul-betul licik dalam hal ini. Kalau ada pertandingan untuk siapa yang paling pandai berdetah, kemungkinan besar dia akan menjadi juaranya.
Dia pandang aku dengan mata berkilauan, seperti bangga dengan ‘kemenangan’ kecilnya tadi. “Adam, kau tak payah nak gelak. Cuba kau ada keberanian macam aku, mesti hidup kau lagi senang.”
Aku ketawa kecil, pura-pura berfikir sejenak. “Keberanian? Aku rasa kau ni bukan sekadar berani, tapi lebih kepada… bijak memanipulasi.”
Siti terus ketawa, tidak ambil hati dengan usikan aku. “Eh, kalau itu dikira manipulasi, aku anggap itu seni. Kita guna apa yang ada untuk dapatkan apa yang kita nak. Itu namanya kemahiran, Adam.”
Aku berjalan disampingnya, sedang memikirkan teori dia buat. “Kemahiran, ya?” Ujarku, dengan separuh keyakinan. “Tak ramai orang yang ada bakat macam kau, Siti. Aku rasa, kalau kau terjebak dalam perniagaan besar nanti, mungkin ramai yang akan tewas.”
Dia pandang aku dengan mata bersinar-sinar. “Itu memang dalam perancangan, Adam. Sebab tu aku nak belajar dari sekarang. Kau tengok nanti, satu hari nanti aku akan jadi ahli perniagaan yang berjaya. Kau pun boleh kerja bawah aku nanti,” guraunya.
Aku ketawa mendengar penyataannya. “Bawah kau? Hmmm… tengoklah nanti. Tapi aku tahu, kalau kau terus dengan gaya ni, memang aku tak terkejut kalau kau jadi CEO satu hari nanti.”
Dia tersenyum dengan penuh keyakinan, membayangkan masa depan dia sendiri. Tapi di sebalik senyumannya yang bangga tu, aku tahu Siti jenis yang tak pernah puas. Kalau dia nak sesuatu, dia akan usahakan sampai dapat.
Kami terus berjalan menyusuri pusat membeli-belah, sesekali berhenti di kedai lain bila Siti nampak barang yang menarik. Setiap kali dia masuk ke kedai, aku hanya perhatikan dari belakang sambil senyum, tengok bagaimana dia terus mencuba nasib untuk dapatkan diskaun. Kadang-kadang berjaya, kadang-kadang tidak. Tapi yang pasti, dia tak pernah patah semangat.
Di akhir hari tu, aku dah mula faham sesuatu. Bagi Siti, bukan soal dapat atau tak dapat diskaun semata-mata. Dia suka mencuba, suka berbincang, suka cari jalan untuk dapat apa yang dia nak — macam ada semangat kompetitif dalam diri dia yang tak boleh dikawal.
***
Setelah selesai membeli barang, kami memutuskan untuk berehat seketika di kafe terdekat. Suasana kafe itu tenang, dihiasi dengan alunan muzik lembut yang menyenangkan. Aroma kopi yang baru diseduh memenuhi udara, memberikan rasa nyaman selepas penat berjalan.
Aku memandang Siti yang sedang leka memeriksa barang-barang yang dibelinya. Lantas, aku mula mempersoalkan pilihan beliannya.
“Kau tak rasa ke yang barang kau beli terlalu banyak?” tanyaku, cuba memahami logiknya.
Dia mendongak seketika, tersenyum santai sebelum menjawab, “Rasanya tak. Lagipun, hari ni ada diskaun besar-besaran. Jadi, kita perlulah mengambil kesempatan ni. Dalam banyak-banyak barang yang dijual, kenapa kau cuma beli satu je?”
Siti menunjuk ke arah beg kecil yang aku beli, memandangnya dengan penuh minat.
“Ya, aku tertarik dengan beg ni... itu aja,” balasku ringkas sambil mengusap permukaan beg itu. Sebenarnya, aku tak perlukan banyak barang. Beg ini pun dibeli secara impuls.
Namun, Siti tidak berhenti di situ. Dengan nada bergurau, dia berkata, “Jangan cakap yang kau akan gunakan beg tu untuk mencuri sesuatu nanti.”
Aku hanya tersenyum kecil tanpa menjawab. Kata-katanya itu membuat aku termenung seketika, seolah-olah dia tahu sesuatu yang aku cuba sembunyikan. Tapi, aku segera mengalihkan perhatianku kepada timbunan beg plastik yang sarat dengan barang-barang miliknya.
“Eh, siapa yang akan hantar semua barang ni ke rumah kau nanti?” tanyaku, separuh berharap dia sudah mempunyai jawapannya sendiri.
“Kau lah,” jawabnya selamba sambil tersenyum lebar. “Aku dah buat keputusan. Kau perlu temankan aku sampai ke rumah dan bawa semua barang ni sekali.”
Aku mengeluh panjang, namun tidak membantah. Mengenali Siti, dia memang pandai memanipulasi situasi seperti ini. Aku tahu, tiada gunanya membantah. Lagipun, dalam diam, aku sebenarnya tidak kisah menghabiskan masa lebih lama bersamanya.
Tak lama kemudian, Siti bertanya kepada aku tentang lawatan semalam.
“Adam… kau tak ingin belajar lepas tengok mereka macam tu?”
Aku memahami apa yang Siti cuba sampaikan. Aku memandang ke depan dan menjawab pertanyaannya dengan nada yang lembut.
“Bagi aku... aku bukan nak lulus sangat dalam peperiksaan nanti. Hanya jawab sekadar yang aku mampu.”
Aku bersandar pada kerusi dan teruskan kata-kata ku.
“Lagipun aku tak punya banyak impian... hanya hidup untuk hari ni dan biarkan apa saja berlaku.”
Setelah berkata begitu aku terus menanyakan soalan kepada Siti.
“Macam mana dengan kau Siti?”
Dia merenung seketika sebelum menjawab soalan aku.
“Mungkin untuk peperiksaan nanti aku akan jawab yang terbaik, lagipun mak ayah aku tentu marah kalau aku dapat markah yang teruk.”
“Iya ke,” jawabku semasa menjilat aiskrim.
Sewaktu Hate pertama kali tercipta, Area selalu memakai Costume kucing saat bersama kami. Dia selalu sebut meow semasa memulakan perbicaraan. Tapi sekarang dia jarang buat macam tu. Mungkin atas faktor kedewasaan.
Mika pula selalu membawa spray berwarna ke dalam markas Hate. Dia ada membuat contengan di dinding pembentung. Terdapat contengan Anime dan juga contengan makhluk misteri. Dia kata, ini inspirasi dari sumber kekuatan manusia. Tapi bagi aku, ia hanyalah lukisan yang mengada. Lukisan yang dia lukis seperti makhluk misteri dengan cakar dan rambut yang tajam. Disebabkan lukisan itu terlalu menyeramkan, kami membuat keputusan untuk menutupnya dengan kain putih.
Dan juga Siti, abangnya terlibat dengan salah satu geng besar di kota ini. Ibu bapanya pula terlalu mengharapkan dia untuk mencapai penglibatan akademik tertinggi dan menjadi sarjana. Kelihatan Siti tidak mahu terlibat dengan mana-mana samseng di kota ini dan hanya hidup mengikut arus keluarganya.
Manakala Kai pula, aku tidak tahu apa-apa mengenainya. Dia cukup misteri dan hanya terlibat dengan beberapa geng kecil di kawasan ini. Aku juga tidak tahu dimana dia tinggal dan seperti apa kedua ibu bapanya. Yang aku tahu sekarang, dia adalah seorang programmer yang cukup mahir dalam bidang perentasan. Tingkat IQ nya juga tinggi dan mempunyai kecerdasan diatas rata-rata.
“Haiss, malasnya nak jawab periksa. Tapi nasib baik ada cuti panjang untuk sebulan jadi taklah sakit kepala sangat.” Siti mula tidur di atas meja.
“Abang aku yang tak guna tu selalu balik lewat. Dan lagi adik perempuan aku pulak malas nak keluar rumah,” ujar Siti, matanya memandang keluar tingkap, kelihatan seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.
“Adik perempuan?” aku tanya, sedikit terkejut.
“Ya, kenapa? Dia masih bawah umur. Kau nak aku telefon polis ke? Dia comel tau.”
“Saya taknak awak jadi kakak ipar saya.”
“Apa dia!!” Siti berseru keras, matanya membulat dengan marah.
Dalam sekelip mata, separuh badannya naik atas meja, kedua tangannya menekan permukaan meja seolah-olah ingin menerkamku.
“Ok-okey, aku gurau je. Maaflah,” kataku seolah-olah menahan pergerakan Siti, cuba menenangkan situasi.
The story has been taken without consent; if you see it on Amazon, report the incident.
Siti mendengus, wajahnya masih marah, tetapi akhirnya dia kembali duduk di tempat asalnya.
“Haishhh…” Dia menarik nafas panjang, melipat tangannya di depan dada sambil memalingkan muka.
Aku tersenyum sedikit sebelum menambah, “Aku tak tahu pulak yang kau ada adik sebelum ni. Lagipun kenapa baru sekarang kau bagitau yang kau ada adik perempuan?”
Siti melepas resah, matanya menatap kosong ke arah meja.
“Sebelum ni dia tinggal dekat negara barat dengan atuk dan makcik sedara kami,” jelasnya, suaranya lebih tenang tetapi sedikit melankolis. “Disebabkan masalah peribadi, dia terpaksa balik dan tinggal dekat sini. Bahasa Inggeris dia jauh lebih bagus dari aku. Rasa cemburu pulak. Haiss...”
Dia bermain dengan straw dalam gelas minumannya, wajahnya berubah sedikit sayu. Aku dapat rasakan ada lebih banyak cerita di sebalik kepulangannya, tetapi aku memilih untuk tidak bertanya lebih lanjut. Siti kelihatan seperti sedang berperang dengan perasaannya sendiri, dan aku tahu lebih baik memberinya ruang.
Dalam beberapa saat kemudian Siti berhenti bermain straw, dia memandang ke arah tingkap kedai. Bayangannya menunjukkan kami berdua di tepi tingkat dikelilingi dengan keramaian. Siti berhenti seketika, dia berpaling ke arah minumannya. Kemudian dia tujukan soalan kepadaku.
“Adam, kau tak rasa bosan ke hidup?”
“Kadang-kadang… Kau pulak Siti? Kenapa tiba-tiba tanya pasal ni?”
“Tak ada apa, kadang aku rasa bosan sampaikan tak tahu nak buat apa. Kebelakang ni pun aku rasa jemu duduk dekat rumah. Kadang kalau aku keluar pun tak tahu nak buat apa. Aku ada jumpa dengan beberapa geng jalanan lain. Melepak dengan mereka untuk hilangkan rasa bosan. Kau Adam, tak melepak dengan kawan-kawan kau ke?”
“Aku lebih suka duduk rumah main game daripada keluar dan dapat masalah. Aku ada jumpa beberapa geng jalanan yang lain. Lagipun mereka yang tegur aku dulu. Jadi kami melepak habiskan masa bersama. Benda ni berlaku sebulan yang lepas. Sekarang aku jarang keluar dengan mereka.”
Siti tampak seperti memikirkan sesuatu berkaitan dengan hidupnya. Memang kadang kita merasakan hidup bosan tanpa apa tujuan. Kadang merasa keseorangan tanpa sesiapa tahu mengenai keadaan yang kita sedang alami. Aku juga merasa begitu. Hidup dengan mengukuti arus tanpa tujuan yang jelas. Aku mencari tujuan ku. Sama ada belajar untuk peperiksaan atau mencari sesuatu yang aku inginkan dalam hidup. Sampai sekarang aku masih mencari tujuan hidupku.
Sekilas, sebuah lagu yang lembut dan penuh emosi terdengar di telinga kami, seolah-olah dibawa oleh angin malam yang menyelinap masuk ke dalam kedai kecil ini. Alunan gitar akustik bercampur suara penyanyi yang serak basah menciptakan suasana yang aneh—tenang dan juga penuh perasaan.
Aku dan Siti sama-sama terdiam sejenak, membiarkan nada-nada itu meresap. Lagu itu terasa akrab, seperti kenangan lama yang enggan benar-benar pergi.
“Lagu ni…” Siti memecah keheningan, suaranya perlahan, “...adik aku suka nyanyi masa dia kecil dulu sebelum dia pindah ke luar negara.”
Aku hanya mendiamkan diri, memberikan dia ruang untuk bercerita lebih jauh.
Siti menatap kosong ke arah gelas minumannya, jemarinya bermain-main dengan straw. “Dia selalu nyanyi sambil main ukulele dia. Tapi sekarang… dia tak macam dulu lagi. Rasanya terlalu banyak yang berubah sejak dia balik.”
Nada suaranya sedikit berat. Aku boleh merasakan ada emosi yang lebih mendalam di situ—campuran rindu dan kebimbangan yang tidak mudah diungkapkan.
“Kadang-kadang,” aku berkata, mencuba memecah ketegangan, “lagu-lagu macam ni mengingatkan kita pada bahagian hidup yang kita ingin simpan selamanya.”
Siti tersenyum tipis. “Mungkin. Atau mungkin juga lagu-lagu macam ni cuma buat aku sedar… yang aku rindu masa dia kecil.”
Kau datang cuba berkenalan dengan ku, tetapi aku tidak memperdulikannya. Menganggap itu hanya gurauan sahaja. Aku tidak sopan, membuat kata hati kamu tidak terjawap. Segalanya silap ku. Seseorang tolong hantar perasaan ini kembali kepada dirinya. Ingin bertemu kembali dan jawap pertanyaan itu dengan seikhlas hati. Aku beberapa kali memanggil namamu dalam tulisan. Terima kasih kerana dirimu aku berada dalam kebahagian yang kerinduan yang menyakitkan buat pertama kali.
Rangkap ini kemudiannya ditutup oleh lirik yang dinyanyikan dengan lemah lembut dipenuhi perasaan serta mesej yang cuba disampaikan, “Akan ku tunggu sehingga mencapai penamat bahagia. Bodohnya diriku, menganggap perasaan mu itu mainan.”
“Lagu ni punya kisah unit antara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang pada awalnya perempuan tu suka lelaki tu namun lelaki tu tak memperdulikannya tapi akhir jatuh cinta namun telah lewat.”
“Kenapa penyanyi dia perempuan?”
“Sebab yang tulis lagu tu lelaki,” jawab selambanya.
Dibawah lagi yang menjadi saksi. Mencari makna dari kisah kamu. Mereka datang dan pergi dengan mimpi yang sudah pudar. Bila bintang datang memanggil nama mimpi ku disitu ia mula sunyi. Semoga mesej kita tersampai antara jarak yang jauh. Belum sempat ku ucapkan selamat tinggal semua sudah menjadi catatan silam. Tidak semua diantara kita sempat mengucapkan kalimat perpisahan dan aku ingin ucapkannya lagi, tapi dengan senyuman kita semua. Mencapai Happy Ending...
Seseorang yang kita kenali, seseorang yang menjadi cinta pertama tak semestinya akan menjadi orang terakhir yang menemani hidup kita. Manusia sentiasa berubah-ubah begitu juga dengan hati. Namun ada juga yang tetap setia menunggu orang yang sama untuk hadir kembali. Walaupun itu sukar untuk tercapai.
“Sedapkan melodi lagu ni?” soal Siti, dia bernyanyi kecil mengikut rentak lagu yang masih beralun lembut di latar.
“Ya. Tapi nampaknya kau tahu lebih dari sekadar melodinya.”
Siti tersenyum, matanya bercahaya seolah-olah mengenang sesuatu. “Lagu ni berkisah tentang seorang budak lelaki yang dapat surat cinta dari seorang gadis kelas pandai. Disebabkan budak lelaki tu anggap yang surat ni main-main, dia hanya balas surat tu dalam bahasa english. Dia fikir tak ada siapa yang sukakan dia.”
Aku tertarik dengan cerita itu. “Habis tu, apa jadi?”
Siti melanjutkan, nadanya sedikit melankolis. “Sampai satu saat, bila kawan dia bagitau yang surat cinta tu betul, dia cuba rapatkan diri dengan gadis tu. Tapi sayang…”
“Kenapa?”
“Budak perempuan yang sukakan dia tu pindah sekolah sebab masalah keluarga. Dia cuba cari lepastu, tapi budak perempuan tak dapat dia jejak.”
Aku terdiam sejenak, membayangkan situasi itu. “Jadi budak lelaki tu menyesal sebab tak balas surat cinta tu awal-awal?”
Siti mengangguk perlahan. “Nampaknya macam tu lah. Dia terlalu lambat sedar apa yang dia ada.”
Aku termenung seketika sebelum Siti mengalihkan perhatian dengan soalan yang mengejutkan. “Adam, apa yang kau buat bila dapat surat cinta? Orang cakap yang kekasih dapat mengubah kita. Kau tak nak cari pasangan ke, Adam?”
“Takkan aku. Lagipun, kebanyakan orang lebih suka curang dari setia. Dari sedikit salah faham kemudian jadi perbalahan. Aku lebih suka tunggu waktu yang sesuai dan menunggu orang yang layak buat aku.”
Siti memandangku sambil tersenyum separuh nakal. “Hee... Kau menariklah, Adam. Tapi sayang takda pasangan.”
Aku tersenyum tipis. “Iya, Siti...”
Pandangan Siti mula berubah. Aku perasan bagaimana matanya menatapku lebih dalam, seolah-olah sedang mencari sesuatu yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Tapi aku memilih untuk tidak berkata apa-apa, membiarkan suasana itu membawa kami ke dalam keheningan yang nyaman, ditemani melodi lagu yang terus bergema di telinga.
***
“Tolong! Peragut!”
Jeritan seorang wanita tua menarik perhatian kami sebaik sahaja keluar dari kafe. Dalam sekelip mata, aku dapat menyaksikan seorang lelaki berlari di hadapan kami, membawa sebuah beg kecil yang kelihatan lusih.
Aku membuat andaian bahawa lelaki tersebut seorang peragut, dan suara wanita yang meminta tolong tadi—ya, tidak syak lagi, dia mangsanya. Dengan segera, aku menghampiri Siti.
“Siti, tolong pengang barang ni kejap,” kataku sambil menyua begku kepada Siti tanpa menunggu jawapan. Tanpa berlengah, aku mula mengejar si peragut itu.
“Oiihh, lebih baik kau berhenti jahanam!” jeritku sambil berlari.
Si peragut melirik ke belakang, panik melihat aku yang semakin menghampirinya. Tanpa berfikir panjang dia membelok memasuki lorong kanan yang sempit. Aku turut mengekorinya, akan tetapi aku kehilangan jejaknya buat seketika. Nafasku juga turut deras, menghembus keluar udara panas dari tubuh.
Mataku melilau sekeliling lorong cuba menganggak jarak dan laluan mana yang mungkin dia lalui. Sesaat kemudian Siti datang dari belakang, “Adam? Mana dia pergi?” soal Siti yang turut kelelahan.
“Entah, rasanya dia masuk lorong ni. Siti, kau pergi belah kiri, aku cuba cari dari kanan, kemungkinan dia sedang menuju lorong keluar,” jawabku memberikan arahan kepada Siti dan kami berpecah setelah itu.
Si peragut terus berlari tanpa henti, bahkan dia juga tidak sempat untuk melihat kebelakang kerana cuba mencapai laluan keluar. Di pertengahan jalan, dia berfikir bahawa dia telah berjaya melepaskan diri dari kami. Namun, di hujung lorong tepat dimana dia berada telah aku jaga seketat mungkin. Semasa dia cuba mencapai jalan keluar aku sudah pun berdiri di sana, menunggu waktu yang sesuai. Dengan wajah tegas, satu kaki bersedia diangkat menghalang lariannya.
“Sudah, lebih baik kau berhenti sekarang!!” tengkingku semasa menyekat laluan.
Peragut itu tergamam, cuba berhenti, tetapi terlalu lambat. Dia tersandung dan jatuh tersembam ke lantai, beg yang dicurinya juga terlepas dari tangan.
Aku berjalan di hadapannya sambil memasang ekspresi marah, matanya seperti mencerminkan pantulan cahaya merah yang keluar dari tatapan ku.
“Jangan... jangan aku… Bukan, bukan aku yang curi beg ni. Ada orang yang ugut aku untuk buat kerja ni.” peragut itu cuba bersuara, tetapi kata-katanya terputus-putus.
“Jangan nak menipu,” Aku memotong dengan suara dingin. Aku tunduk, mencapai beg itu, lalu memandang tajam ke arah si peragut.
“Bagi balik beg ni. Makcik tu jauh lebih perlukan duit berbanding kau,” kataku lagi, dengan nada sedikit mencengkam.
“Ya, baiklah,” ucap peragut itu ketakutan.
Siti baru sahaja sampai menyusuri lorong gelap yang ada dibelakangku.
Diringkaskan cerita, kami berdua mengambil beg itu daripada peragut tersebut kemudian mula keluar daripada lorongan sempit itu. Kami segera berpatah balik dan mencari makcik yang kehilangan dompetnya, dia kelihatan berdiri di tepi jalan dengan wajah penuh kerisaun.
Aku dan Siti berjalan mendekatinya. Ketika kami menyerahkan beg itu kepadanya, dia terdiam sejenak, seolah-olah tidak percaya apa yang baru saja terjadi. Kemudian, dengan mata yang berkaca-kaca, dia mengucapkan terima kasih berkali-kali. Suaranya bergetar, mencerminkan rasa syukur yang mendalam.
“Terima kasih, anak-anak. Kamu berdua sungguh baik hati. Saya tidak tahu apa yang akan terjadi jika beg ini hilang. Banyak dokumen penting di dalamnya,” katanya sambil memeluk beg itu erat-erat.
Makcik itu kemudian mengeluarkan sejumlah wang dari dompetnya dan cuba memberikannya kepada kami sebagai tanda penghargaan. “Ambillah ini, sebagai tanda terima kasih saya.”
Namun, aku dengan lembut menggelengkan kepala dan tersenyum. “Tak perlu, makcik. Kami hanya mahu membantu. Duit ini lebih baik makcik simpan untuk keperluan makcik sendiri.”
Siti juga turut menyokong, “Betul tu, makcik. Kami hanya mahu pastikan makcik selamat.”
Makcik itu terharu, dan aku dapat melihat senyuman kecil terukir di wajahnya. Dia kemudian mendoakan kami agar sentiasa selamat dan dilindungi.
Ketika kami berjalan pergi, aku merasa sedikit bangga. Bukan kerana apa yang telah kami lakukan, tetapi kerana aku tahu bahawa dalam dunia yang penuh dengan kesulitan, sedikit kebaikan boleh membawa makna yang besar.
Apabila kami tiba di kawasan perumahan di wilayah utara, Siti menyatakan sesuatu kepadaku ketika kami berjalan. “Kebelakangan ni banyak kes peragut kan?” Dia menyoal tentang peristiwa yang berlaku tadi. Memang kes-kes peragut baru-baru ini semakin aktif disebabkan beberapa faktor penting, termasuklah kenaikan harga barang.
“Ya, aku tengok dalam TV semalam beberapa harga barang mula naik. Mungkin sebab itulah ramai yang mula terdesak, lagipun mereka nampak macam tak ada kerja,” tambahku, menyokong pendapat Siti.
Kawasan perumahan di sini tidaklah terlalu padat seperti di kota-kota besar. Ia cukup sepi, bahkan orang pun jarang lalu di kawasan ini. Rumah aku dan rumah Siti tidak terlalu jauh. Kami berkongsi kejiranan yang sama, dan jarak di antara rumah kami lebih dekat berbanding dengan anggota Hate yang lain.
Sejak kebelakangan ini juga, aku mula perasan bahawa populasi anjing di sekitar kejiranan kami semakin meningkat. Mungkin disebabkan pembiakan yang tidak terkawal. Tambahan pula, beberapa pekerja haiwan cuba menangkap anjing liar di kawasan ini. Kanak-kanak juga diingatkan untuk waspada terhadap kumpulan anjing ini. Kalau dikatakan, anjing-anjing di sekitar kejiranan boleh menjadi lebih berbahaya berbanding samseng-samseng setempat.
“Populasi anjing dekat kawasan kita semakin meningkat, tak sama macam tahun-tahun lepas. Rasanya kita patut panggil pengawal haiwan untuk tangkap mereka semua,” ujar Siti, menjelaskan kepadaku semasa kami berjalan.
Siti menggenggam erat barang-barang yang dia beli, sementara aku hanya meletakkan beberapa barang ke dalam beg bawaan yang aku beli. Sewaktu berjalan, Siti bertanya kepadaku, “Adam, kau tak nak melepak dalam rumah aku hari ni?”
“Kenapa pula?” balasku dengan cepat.
“Hari ni rumah aku kosong. Yalah, mak dan ayah aku sering keluar kebelakangan ni, jadi mereka selalu balik lambat. Abang aku pula dah tak pandai balik rumah sebab dia selalu melepak dengan kawan dia.”
“Macam mana dengan adik perempuan kau?” tanyaku.
“Hurmm, dia ada dalam rumah tengah main permainan video. Kenapa? Kau nak masuk rumah luangkan masa ke?”
“Ehh, tak apalah Siti. Hari ni pun aku agak sibuk. Petang nanti aku nak jumpa Kai, ada sesuatu yang aku perlu buat. Jadi aku terpaksa tolak.”
“Hurmm, baiklah, Adam,” ucapnya sebelum meletakkan barang di depan pintu rumah.
Rumah Siti boleh dikatakan agak mewah kerana dihiasi dengan landskap yang teratur dan pagar rumah yang selalu terkunci, menandakan tiada orang. Apa yang dapat dilihat ialah rumahnya seperti banglo dengan tiga tingkat, menunjukkan bahawa Siti berasal daripada golongan berada.
Kami meletakkan barang di depan rumah, dan Siti mula mencari kunci di dalam poket seluarnya. Namun, sebelum aku sempat pergi, Siti memanggilku untuk memberikan sesuatu.
“Oh ya, Adam, aku lupa sesuatu. Hari ni hari kekasih.”
Siti membuka salah satu plastik barang yang dia beli lalu memberikan kepadaku kek coklat.
“Jangan lupa makan ya!” ucapnya sambil menyerahkan kek tersebut kepadaku.
Aku diingatkan bahawa hari ini adalah 14 Februari, bermaksud Hari Kekasih. Jadi, Siti mahu memberikan kek ini sebagai perayaan Hari Kekasih. Nampaknya aku terpaksa terima, walaupun kami kurang menyambut Hari Kekasih, tapi kek yang diberikan nampak sedap. Jadi, aku membuat keputusan untuk menerimanya tanpa berkata banyak.
Setelah menolong Siti, aku terus berjalan pergi dan melambai tangan kepadanya sebagai tanda perpisahan untuk hari ini. Sewaktu perjalanan pulang, aku dikejutkan oleh seekor kucing hitam yang tiba-tiba melintas di hadapanku. Mata kucing itu memandang tepat ke arahku sebelum menghilang di sebalik lorong.
Aku sempat berasa hairan dengan kehadiran kucing tersebut. Namun, tanpa memikirkan apa-apa yang pelik, aku terus melangkah dan pulang ke rumah.
***
Aku berjalan lalu tanpa sengaja aku menemui Area di taman, sedang duduk bersendirian di atas bangku kayu. Wajahnya seperti biasa—tenang, tapi ada sesuatu yang tersembunyi di balik matanya. Entah kenapa, aku tak pernah benar-benar tahu apa yang dia fikirkan.
Aku berhenti sejenak sebelum membuatkan keputusan untuk menuju ke taman itu dan menegur Area. Kemungkinan aku dapat memahaminya dengan niat yang jelas. Dia tidak datang ke markas beberapa hari lepas. Mungkin Area mempunyai masalah peribadi yang dia cuba sembunyikan. Sebagai kawan kepadanya mungkin aku mampu untuk membantu setidaknya sedikit dari masalah yang dia hadapi.
“Area, kenapa awak menghilang untuk beberapa hari?” tanyaku, melangkah ke arahnya. Aku cuba mengawal suara, tapi aku tahu nadanya tetap terdengar risau.
Dia memandangku dengan senyum tipis. “Oh, awak Adam. Kenapa awak begitu risau dengan saya?” Area menoleh padaku seraya berada di banggu taman.
Kenapa? Pertanyaan itu menikam hatiku. “Ya sebab, awak kan berurusan dengan beberapa samseng besar di kota ni. Jadi saya bimbang kalau apa-apa terjadi pada awak.”
Area mengalihkan pandangannya ke sungai, airnya berkilauan terkena cahaya matahari senja. Dia tersenyum lagi, tapi kali ini lebih hambar. “Awak tak perlulah risau tentang saya, Adam. Saya sentiasa jaga diri saya sebaik mungkin.”
Angin petang berhembus lembut, daun-daun di taman itu bergetar pelan. Cahaya matahari yang semakin pudar memantulkan warna jingga ke permukaan air sungai. Aku diam sejenak, membiarkan angin membawa keheningan di antara kami. “Area ada sesuatu yang saya nak tanya, kertas yang awak bawa tempoh hari sebenarnya kertas apa?”
“Kertas tu? Ia ialah senarai nama. Dalam kertas tu ada nama orang yang bekerja di bawah ChainSilver. Jadi sesiapa yang tinggal di wilayah utara harus bayar beberapa perkara kepada mereka. Maklum lah ini kontrak antara samseng setempat dengan pemimpin kumpulan.”
“Macam tu ke?”
Area memandang ke arah sungai sebelum berbicara lagi. “Adam, semalam saya bermimpi... tentang seseorang yang rindukan kehidupan lamanya.”
Aku berjalan kemudian berdiri di hadapan sungai, memandangnya, menanti dia menjelaskan lebih jauh. Tapi dia hanya membisu membiarkan angin berhempusan di antara kami.
“Kenapa manusia selalu disiksa? Dan kenapa manusia hanya dapat hidup sekali aja?” tanyanya tiba-tiba. Suaranya rendah, seperti bercakap pada dirinya sendiri.
Aku termenung sebentar sebelum menjawab. “Sebab... manusia tu kuat. Mereka disayangi, sebab itu mereka diuji.”
Angin sepoi-sepoi menyentuh wajahku, membuatkan aku memilih untuk tidak berkata lebih banyak. Aku berharap Area faham apa yang aku cuba sampaikan, dengan cara yang baik.
“Adam,” dia memanggil namaku lagi, kali ini dengan nada lebih ringan. “Kenapa kita boleh berjumpa? Kehidupan saya sebelum ni, awak tak ada pun. Tahun-tahun yang lepas saya tak pernah tengok awak ataupun kenal awak. Tapi sekarang, kenapa kita boleh bercakap?”
Soalannya membuatku terdiam. Aku tidak tahu bagaimana harus menjawab. “Entahlah, Area. Mungkin takdir,” kataku akhirnya, menjelaskan sedikit apa yang Area inginkan.
Dia tertawa kecil, hampir seperti mengejek, tapi aku tahu itu hanya caranya menyembunyikan sesuatu. Aliran sungai mengalih perlahan di depan kami, ianya jernih dengan cahaya jingga yang semakin redup. Area masih lagi duduk di atas banggu melihat aliran itu dan aku hanya berdiri di sampingnya, memandang bayangan yang memantul.
“Dua minggu lagi awak ada peperiksaan, betul tak? Lepas tu awak cuti. Nak tak kita... pergi mencuri sesuatu lepas tu?”
“Mencuri?” soalku, mengalihkan pandangan.
“Ya, ada anak patung comel yang saya tengok di luar wilayah kita. Tapi malangnya, anak patung tu berada dengan geng jalanan lain. Nak tak kita pergi ambil anak patung itu dari mereka?”
Aku menggeleng kecil, tak percaya dengan permintaannya. Tapi melihat matanya yang berbinar, aku menyerah. “Kalau awak betul-betul nak anak patung tu, Area... kita mungkin boleh cuba untuk dapatkannya.”
Dia tersenyum puas, tapi aku tahu itu bukan tentang anak patung. Area selalu punya cara untuk menyembunyikan niat sebenar di balik kata-katanya. Mungkin dia penyimpan sesuatu. Sebaiknya aku tidak harus mencari tahu atau mungkin aku akan biarkan waktu yang menentukan pilihannya.
“Hurmm… Adam, awak ada tujuan dalam hidup?” Soalannya kali ini berat, menusuk tepat ke hati.
“Tujuan?” Aku mengulanginya pelan, memikirkan jawapan. “Rasanya tu benda pertama yang saya buang setelah kematian kedua orang tua saya. Dulu saya ada tujuan yang saya cuba kejar sekarang hanya angan-angan.”
Aku melihat ke tanah, merasakan berat kenangan itu kembali menghantui. “Saya dah tak ada apa-apa. Cuma kakak sorang.”
“Macam mana dengan saudara yang lain?” tanya Area lagi, nadanya masih tenang, tapi aku tahu dia cuba menggali lebih dalam.
“Tak ada. Cuma atuk dan nenek sahaja yang tinggal.” Aku mendongak sedikit, memaksa diriku tersenyum. “Dah lah, saya taknak cerita lebih.”
Dia tidak menjawab, tapi pandangannya tetap melekat padaku. Ada sesuatu dalam caranya memandang yang membuatku ingin membuka diri, walau aku tahu aku tak mampu.
“Sebelum tu boleh saya tahu... tujuan pertama awak apa. Awak cakap awak ada tujuan sebelum kematian ibubapa awak. Jadi boleh saya tahu apa tujuannya?” tanyanya lagi.
Aku menoleh ke arah sungai, melihat alirannya yang perlahan. “Cuma satu, bahagiakan mereka. Tapi ia pudar bila saya tahu mereka takkan balik.”
Angin petang kembali berhembus, membawa kesunyian yang menenangkan. Aku memilih untuk tidak bercakap lebih banyak. Aku harap Area memahami maksudku, seperti biasa, dengan cara yang baik.
Dalam masa yang sama ada sesuatu yang terlintas di fikiranku mengenai kejadian di rumah terbiar.
“Area, boleh saya tanya sesuatu? Semasa kita ke kejiranan Mafi, awak ada sebut yang awak ada kaitan dengan mereka. Sebenarnya, apa yang berlaku antara awak dan Mafi?”
Area terdiam sejenak sebelum menjawab, “Sebenarnya, orang kedua yang menjenguk kita tu… dia ialah ketua Mafi, orang penting di kejiranan sana. Dia sebenarnya sepupu kepada ayah saya. Kalau awak nak tahu, saya terhutang budi kepada dia. Sebab itulah saya ada kaitan dengan Mafi.”
“Mafi ada kata tentang mengikuti jejak langkah ayah awak. Apa maksudnya, Area?”
“Maksudnya? Awak betul-betul nak tahu pasal ayah saya, Adam?”
“Ya... kalau awak tak keberatan.”
“Sebenarnya, ayah saya sekarang hilang. Ada yang kata dia sudah meninggal dunia, tapi tak ada bukti yang kukuh. Masa saya kecil, saya selalu bermain dengan ayah saya. Tapi satu hari, semasa saya tunggu dia balik dengan kostum baru yang saya pakai, dia tak pulang ke rumah. Mak saya sangat risau. Lepas itu, ada orang kata dia dah tiada. Tapi saya sendiri tak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Mungkin dia masih hidup... mungkin dia ada di suatu tempat.”
“Jadi untuk teruskan hidup, awak bekerjasama dengan Mafi?”
“Ya, saya sering lakukan tugasan-tugasan yang Mafi berikan kepada saya. Mak saya juga turut bergantung kepada dia. Namun, sejak kebelakangan ini, ekonomi kami semakin teruk, dan saya selalu ke sana untuk jalankan tugas kalau ada. Saya dan dia sebenarnya tidak lah terlalu akrab. Maaflah, Adam. Saya sering susahkan awak.”
“Tak ada apa-apa lah, Area. Kita semua terdesak dengan hidup masing-masing.”
Area sedikit tersenyum dengan ucapan yang aku berikan. Namun dalam perasaan yang sangat dalam, dia mungkin sedang rindu pada ayahnya. Area berfikir beberapa kali sebelum menjelaskan sesuatu, tapi kali ini dengan nada yang redup sayu.
“Kadang-kadang saya tertanya-tanya... kalau ayah saya masih ada, adakah semuanya akan jadi berbeza? Mungkin kami tak perlu bergantung pada Mafi, mungkin saya tak perlu berada dalam keadaan yang macam ni.”
Area berhenti, kemudian merenung ke bawah. Aku yang menyaksikan dia layu seperti bunga yang kehabisan cahaya mula bersuara bertujuan untuk memberikan sedikit hiburan kepadanya.
“Awak tak salah, Area. Apa yang awak buat sekarang ialah untuk teruskan hidup. Kita semua ada cara masing-masing untuk bertahan.”
“Tapi kan, Adam… kadang-kadang saya rasa bersalah. Betul ke semua tindakan yang saya lakukan selama ini. Bekerja sama dengan samseng jalanan. Adakah hidup saya akan jadi lebih baik, atau saya hanya bawa lebih banyak masalah pada orang sekeliling saya?”
“Awak jangan fikir macam tu, Area. Awak harus kuat. Kalau bukan sebab awak, mungkin kita semua tak akan pernah berjumpa dan saya sendiri tak tahu apa yang akan jadi dengan kita semua kalau tidak bertemu. Kita cuma perlu teruskan dan harap satu hari nanti keadaan akan berubah.”
“Terima kasih, Adam. Saya hargai awak. Walaupun hidup ni susah, awak selalu buat saya rasa ada harapan.”
“Sama-sama, Area. Kita ada satu sama lain. Itu yang paling penting.”
Senja hampir berlalu. Langit yang tadinya jingga mulai berubah menjadi kelabu. Daun-daun kering terus melayang di udara, sebelum jatuh diam di permukaan tanah.
“Hidup ni memang betul-betul keras, kan?” Area bersuara lagi, hampir seperti bisikan. “Tanpa tujuan atau apapun. Saya mula bosan dengan hidup ini.”
Kata-katanya mencerminkan realiti hidup di kawasan serba maju yang penuh cabaran. Kos sara hidup yang tinggi dan persaingan sengit dalam dunia pekerjaan menjadikan peluang pekerjaan sukar diperoleh. Bahkan mereka yang bekerja pun terperangkap dalam sistem metrik yang membuatkan mereka terlalu bergantung kepada wang dan memikirkan kos hidup, sehingga lupa untuk menikmati hidup mereka. Aku faham akan perjuangan hidup mereka.
Aku ingin berkata sesuatu, tapi aku melemparkan niatku itu untuk sementara. Dia bangkit dari bangku, membersihkan debu dari bajunya. Dari palang sungai aku menoleh ke arah Area, melihat dirinya dibalik bayangan malam.
“Awak tak perlulah risau tentang saya, Adam.” Dia memandangku sekilas, dengan senyum kecil yang hampir menyakitkan. “Saya tahu apa yang saya buat. Jumpa awak nanti.”
Dia berbalik badan pergi meninggalkan diriku dan aku hanya mampu memandangnya melangkah pergi, belakangnya semakin jauh di hadapan. Aku berdiri di sana, memandang sungai yang terus mengalir perlahan, merasakan waktu tidak peduli pada kami. Kata-kata Area terngiang-ngiang di kepala. Aku tahu perbualan ini belum berakhir.
Lampu-lampu kota memancarkan cahaya kekuningan, menerangi jalanan yang sunyi. Kilauan sinarnya membias di atas permukaan jalan basah yang seolah bercermin, menciptakan bayangan-bayangan samar dari orang-orang yang melintas. Langkah kakiku bergerak pelan, selaras dengan detak hati yang berat, tenggelam dalam pikiran yang tak henti berputar.
Kenangan-kenangan lama masih enggan pudar dari ingatanku, seperti awan kelabu yang terus menggantung di langit sebelum hujan turun. Peristiwa itu selalu hadir, mengisi ruang-ruang dalam pikiranku, memaksa diri untuk kembali merasakan emosi yang seharusnya ingin kulupakan. Aku merasa seolah-olah kenangan itu memiliki cengkeraman yang kuat, tidak memberiku kesempatan untuk melarikan diri atau melupakan.
Kepalaku terangkat perlahan, mataku menatap langit malam yang redup, hanya dihiasi beberapa bintang yang nyaris tak terlihat oleh cahaya lampu kota. Langit itu seperti lukisan yang pudar, kehilangan warna dan kehidupan, menggambarkan dengan sempurna suasana hati yang kubawa malam ini. Aku terus melangkah di bawahnya, berjalan tanpa arah, berharap malam yang dingin ini mampu membawa sedikit ketenangan.
Area kelihatan cuba bertanya mengenai keluargaku, namun ada baiknya dia tidak mengetahui lebih banyak. Ada sesuatu yang kita perlu rahsiakan dari orang lain, sesuatu yang berharga buat kita. Sejarah hitam mengenai keluargaku berlegar difikiran membuatkan aku ingin melupakannya. Akan tetapi ia tetap berada di dalam ingatanku. Aku cuba melakukan pelbagai cara tetapi ia tidak mahu pergi dariku dan aku masih mengingatinya sehingga kini.
Tujuh tahun yang lalu, kemalangan tragis meragut dua jiwa penting dalam hidupku, menghancurkan segala harapan dan meninggalkan aku dalam kesengsaraan yang mendalam. Selama lima tahun, aku berjuang dengan ekonomi yang tidak menentu, berusaha mencari tempat tinggal yang selesa. Namun, harapanku musnah oleh maklumat palsu dan kebohongan yang tersebar secara meluas. Berita yang tidak tepat ini meresap ke dalam masyarakat, menyebabkan kekeliruan dan ketidakpercayaan di kalangan mereka.
Di tengah kekacauan ini, mereka yang hidup dalam kesusahan mula membentuk kelompok-kelompok kecil sebagai cara untuk bertahan, kemudiannya berkembang menjadi sebuah organisasi. Penjualan narkoba dan barang dagangan dimulakan dan organisasi-organisasi ini mula menguasai lima wilayah utama di negeri ini dengan sebutan Leader-Groups.
Puak-puak jenayah mula berkumpul dan diberikan kontrak sebagai perjanjian untuk dilaksanakan. Namun, tidak semua bersetuju menerima tawaran ini; ada yang melihatnya sebagai perjanjian yang berat sebelah dan merugikan. Kemudian, puak-puak ini dikategorikan ke dalam lima peringkat yang dikenali sebagai Street Gangs, District Gangs, Neighbor-Thugs, Territory Gangsters, dan pemimpin tertinggi mereka, Leader-Groups.
Jika kelima-lima peringkat ini disatukan, maka ia akan membentuk kelompok besar berstatus global tempat di mana perniagaan gelap dijalankan. Kelompok ini menjadi tempat berkumpulnya para penjenayah—peragut, perompak, pencuri, dan penagih—untuk melaksanakan tugasan yang diberikan. Kesemua sekali, termasuk diriku, adalah ahli daripada kelompok ini yang digelar sebagai Massive-Groups.